Wednesday, June 9, 2010


AKU!
Disiarkan pada Isnin, 19 Julai 2004 @ 22:16:32 oleh Hanan
mumtahanah menulis:

"Aku,
Siapa Aku,
Deringkali aku hanyut dengan keakuanku,
Pendirianku,
Keegoanku,

Sehingga adakalanya ada hati yang terhiris,
dengan bicaraku,
dengan sikapku,
Dan tanpa aku sedari,
Aku ingin meningkatkan maruah diri,
Aku juga yang mencacatkan diri

Siapa aku
yang sering terkeliru
dengan segala yang mengelilingiku
sehingga aku malu tunjulkan hakikat diri
Hanya ku pendamkan didalam hati
Sehingga aku kurang pasti
Siapa sebenarnya diri
di bawah topeng hipokrasi
Aku ingin kembali
Tunjukkan aku jalan pulang
Andai ada simpati dihati
dengan secubit kasih sayang
yang ku pinta agar suarakku didengar
yang ku pinta agar kau menjadi Teman
yang sudi mengajar
Dan membetulkan kesalahanku
Bukan menjadi hakim
yang menghukum aku tanpa Ihsan

Andai hujahku sumbang
Andai jalanku pincang
Bantulah aku si insan malang
Mencari sinar yang gemilang!

No comments:

Post a Comment