Friday, July 30, 2010

Uhibbuka Fillah





Uhibbuka Fillah




Disiarkan pada Isnin, 22 Jun 2009 @ 21:14:50 oleh Hanan namirah menulis:




"Hati...Di situlah bermukim segala macam bentuk perasaan


Kasih, sayang dan cintaBenci, khianat dan dusta


Hati...Teramatlah sukar untuk dimengerti


Perasaan datang silih bergantirasa kasih


bertukar benci rasa benci bertukar sayang


Hati...Dan engkau telah terbitkan cinta Ilahi


Dari cintaku kepada seorang lelaki


Ya Akhi...Walau kita tidak selalu berjumpa


Walau kita tidak pernah bertegur sapa


Walau aku hanya mengenalmu pada nama


Tetapi...Tanpa engkau sedari,


Engkau telah menyunting semangat dalam diriku


Engkau telah membuatkan ku berazam untuk menjadi


Wanita Sholehah...InsyaAllah akan aku akhiri


penderitaan jiwa yang sepi


InsyaAllah akan aku akhiri kisah silamku selama ini


Akan aku buka lembaran baru


Akan aku bina hidup yang lebih bererti


Semoga cintaku untukmu Cinta yang suci Semoga cintaku untukmu


Adalah kerana Ilahi"Ya Allah jadikanlah dia pendamping hidupku,


Yang akan membimbingku ke jalan yang lurus,membantuku


dalam ibadahku dan menegur kekhilafanku. Semoga dia dapat


membantuku menjadi wanita yang sholehah.


Ya Allah, Andai dia untukku,Satukanlah hatinya dengan hatiku,


Sabarkanlah hambaMu ini,Yang sentiasa ingin mendampinginya,


Bantulah hambaMu ini,Mengatasi rasa rindu yang mencengkam diri.


Tetapi andai dia bukan tercipta untukku,


Tenangkanlah hati ini ya Allah,


Sesungguhnya hambaMu ini lemah,


Berilah aku kekuatan untuk pasrah dan redha di atas ketentuanMu".Amin"

No comments:

Post a Comment