Sunday, February 20, 2011

Anugerah Yang Tidak Ternilai



Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan.
Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat. Adalah dikisahkan….
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu.
Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan
hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya
untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum
untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih
berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang
bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan
perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin
berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu
berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun
mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi
dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan
akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari
Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : “

Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini,
bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.
Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap
pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.
Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah
anak-anak mu yang sedang membesar.

Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

1.Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2.Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3.Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4.Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian,semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Petang tadi sempat juga fida melawat rakan ibu yang baru saja melahirkan bayi lelaki
yang sangat comel.

Rasa sangat seronok dapat melihat mencium bayi yang baru lahir.

p/s : Tahniah ke atas pasangan Kak Sally sekeluarga atas kelahiran seorang bayi
lelaki yang sangat comel. Semoga kalian sekeluarga bahagia selalu. :)



6 comments:

  1. cerita yg sungguh menginsafkan...ibu mmg 'malaikat' di dunia dan akhirat.i love my mom.

    ReplyDelete
  2. wahh..saya baru je dapat anak sulung.. sesuai sangat kisah nie..tq tq

    ReplyDelete
  3. assalam.. sori lambat sgt ika kujung balas.. hari tu ternet kena hold dulu sbb blm bayar... so ni baru la dpt on9.. anyway ika dh follow blog awk... nnt senang2 ika dtg ye... kalo ade story2 best inform ika ek... nnt ika dtg baca.... =)

    ReplyDelete
  4. tq ika. ok slalu la kunjung ke sni :)

    ReplyDelete
  5. welcome mykhalis.. anyway tahniah sbb bru dpt anak sulung.. semoga kalian sihat dan bahagia selalu :)

    ReplyDelete
  6. btl tu arique ibu la malaikat itu

    ReplyDelete