Wednesday, April 6, 2011

Sekadar Renungan



Langit itu dipandang dan ditatapnya,

dia berfikir dan terus berfikir,

merenung hakikat kehidupan,

kehidupan dunia..kehidupan akhirat,

baris-baris ungkapan itu berlegar-legar di mindanya,

apakah yang harus dia lakukan?

demi mencapai misi sebagai seorang hamba

demi menggapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,

seorang hamba itu sentiasa mengemis kasih,

seorang hamba itu sentiasa mendambakan “cinta” sang Pencipta,

dia terlalu lemah…lemah segala-galanya,

tatkala jatuh..dia tersungkur..dia rebah,

dia cuba bangkit semula,

luka yang dialami bukan sedikit,

duri-duri jalanan itu menikam dirinya,

duri-duri jalanan itu menikam hatinya,

namun…

dia sedar perjalanannya masih lagi jauh,

amanah yang dipikul itu masih digenggamannya,

amanah itu masih setia di sisi,tidak berganjak walau sedikit,

dia tidak mahu berundur….dia melangkah dan terus melangkah,

kerana dia tahu….Allah S.W.T sentiasa di sisinya,

“La Takhauf Wa la Tahzan Innallaaha ma’ana”

-wajdani-

No comments:

Post a Comment