Wednesday, June 8, 2011

Dedaun Masa


Dedaun Masa berguguran satu satu...
Urm sedar x sedar. kelip x kelip mata ni skrang kita dah pun
memasuki bulan Jun 2011
Dah setengah tahun pun berlalu.

SETENGAH TAHUN!!!

Sedar tak masa yang berlalu tu?
Sedar tak hari-hari yang dilalui?
Sedar tak minit-minit yang ditempuhi?
Sedar tak saat-saat yang tak akan kembali?

Kita dah melalui hampir setengah tahun dah..
Huhu lebih kurang 50 hari lagi kita akan jumpa bulan yang mulia bulan Ramadhan..

Apa pun masa yang terbang tidak akan dapat diputar kembali.
Kita telah melaluinya.
Baik mahupun buruk ambillah ikhtibar dan pengajaran.
Perjalanan sebuah kehidupan adalah sekolah terbaik mengejar kejayaan.

Laju gila masa berjalan.. rasenye masa x jalan tapi lari..
lari pun bukan lah.. masa tu terlalu pantas.. x sempat pn nak kejar..
jauh pergi meninggalkan kita..
Apa yang dah fida capai untuk setengah tahun ini?
Capai ke segala azam masa awal tahun?

Pertama nya alhamdulillah fida dh pun berjaya menamatkan pelajaran di peringkat diploma
dlm jurusan perakaunan perniagaan pada ujung tahun lalu...
Semuanya berkat dan doa dari semua.

Terima Kasih yg x terhingga kpd semua rakan sekolej...
x lupe jgk kedua ibu bapa yg nyk sgt membantu.
Jasa dan budi kalian x akn dpt fida bls..

Perkara yang masih belum tercapai dpt Job baru?
Still usaha dengan gigih gak..but apa boleh buat kan..
rezeki masih berpihak disini sahaja..takpe. Ada rezeki, adalah kan.

Yang penting selagi nyawa dikandung badan jangan la disia2kan waktu
yang diberi...

Ibn Abbas narrated that Prophet Mohammad SAW said:
“There are two blessings which many people lose: (They are) health and free time for doing good.” (Bukhari 8/421)

Untuk separuh jalan 2011 yang selebihnya selepas ini harap semuanya
berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan ALLAH S.W.T dalam segala urusan.

Seimbangkanlah dunia dan akhirat.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan sabar.

Selamat menempuh perjalanan kehidupan... :)


No comments:

Post a Comment