Wednesday, June 22, 2011

Jaga 7 Sunnah Rasulluah s.a.w


"Cergasnya orang beriman adalah dia yang mampu mengolah
hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk yang Maha hidup,
Hidup bukan beerti mati, tapi mati adalah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati,
tapi rimdukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan
Allah s.w.t. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah
awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh
ketaqwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi saw adalah :

1. Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran
terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum
melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid
merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin
tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk
memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga Solat Dhua, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada
orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba
yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Talib "orang yang
selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat
waktu ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.

7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Apabila
kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula
oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan
dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran
islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani
yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan
dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia
dari sifat-sifat yang berpangkal pada meterialisme
dan hedonisme.

Sumber : iluvislam

Fidarina : Subhanallah... 7 amalan ni kita sama-sama amalkan semoga
kita dirahmati Allah s.w.t..Amin..

2 comments: